Faktor dan Cabaran Seorang Guru dalam Mengurus Bilik Pembelajaran
TOPIK 8 (STRATEGI DALAM MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN)
![]() |
| Sumber: Google |
Pengenalan
Bilik pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan perkembangan kognitif dalam kalangan para pelajar kekal meningkat. Oleh hal yang demikian, persekitaran dan suasana yang kondusif perlu dititikberatkan bagi menjamin perkembangan kognitif tersebut. Oleh itu, pengurusan yang terancang dan sempurna amat diperlukan dan bagi memastikan pengurusan tersebut berjalan lancar, sesebuah strategi perlu dirancang bagi menjamin pengurusan bilik pembelajaran yang teratur bagi memudahkan proses pembelajaran berlangsung. Bilik pembelajaran di sini ini meliputi bilik belajar, makmal sains dan makmal komputer serta bilik-bilik khas bagi tujuan pembelajaran. Maka, bagi pengurusan bilik pembelajaran yang sempurna, ia dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu dan juga cabaran-cabaran tertentu yang perlu dihadapi oleh seseorang guru di dalam bilik pembelajaran berkenaan.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Pembelajaran
Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah. Setiap faktor memainkan peranan yang penting bagi memastikan bilik pembelajaran tersebut kekal tenang dan kondusif. Oleh hal yang demikian, setiap faktor ini tidak boleh diabaikan ataupun dipandang enteng demi kemenjadian dan perkembangan positif para pelajar.
Faktor Fizikal
![]() |
| Sumber: Google |
![]() |
| Sumber: Google |
![]() |
| Sumber: Google |
![]() |
| Sumber: Google |
Faktor teknikal pula merangkumi aspek kemahiran dan kecekapan guru dalam menggunakan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan. Menjelang era teknologi ini. guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu teknologi maklumat ini bagi menjadikan proses pembelajaran berjalan lebih lancar dan mudah di samping menyeronokkan suasana pembelajaran. Tidak hanya itu, ia juga mampu meringankan beban guru ketika mengajar. Sebagai contoh, pihak sekolah mewujudkan bilik pembelajaran yang dilengkapi dengan teknologi-teknologi terkini. Para pelajar sudah pasti akan terpegun dan ini akan menyemarakkan lagi minat mereka untuk belajar di samping menarik minat mereka untuk menuntut ilmu berkaitan teknologi maklumat ini kerana teknologi kian berpesat dan sudah pasti akan digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ini akan menjadikan suasana pembelajaran lebih seronok dan lebih terkawal.
CABARAN-CABARAN YANG PERLU DIHADAPI OLEH GURU DALAM MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Dalam mengurus bilik pembelajaran, terdapat beberapa cabaran tertentu yang harus dihadapi oleh guru yang mengajar. Cabaran ini jelas memberi impak kepada guru berkenaan tetapi dengan cabaran tersebut ia mampu memperbaiki kualiti pengajaran seorang guru demi memastikan perkembangan pelajar ke arah yang positif demi kepentingan pelajar tersebut.
Memastikan keberadaan murid semasa pembelajaran berlangsung
![]() |
| Sumber: Google |
Memastikan para pelajar sentiasa dalam bilik pembelajaran merupakan cabaran utama bagi seseorang guru yang mengajar. Ini kerana pasti adanya pelajar yang berasa bosan dan mengantuk sewaktu guru mengajar. Ada juga pelajar yang meminta keluar daripada bilik berkenaan untuk ke tandas kemudian berlengah-lengah untuk kembali semula. Ini secara tidak langsung akan mengakibatkan pelajar tersebut ketinggalan atau keciciran dalam topik yang sedang dipelajari.
Menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan dan kesediaan murid
![]() |
| Sumber: Google |
Memastikan murid memberi tumpuan, murid faham, murid seronok belajar dengan bilangan murid seramai 30 hingga 40 dalam setiap kelas
![]() |
| Sumber: Google |
RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, jelaslah pengurusan dalam bilik pembelajaran amat penting dan harus dititikberatkan oleh setiap guru yang mengajar. Strategi yang dirancang haruslah dipraktikkan dengan baik dan sempurna supaya keadaan bilik pembelajaran tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal demi memudahkan proses pembelajaran. Dengan mengetahui faktor dan cabaran yang dihadapi oleh guru, ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan berkaitan strategi pengurusan bilik pembelajaran dengan lebih mendalam. Dengan ini, lahirlah sebuah persekitaran yang kondusif, tenang dan aman yang mampu menguntungkan guru-guru dan juga para pelajar sepanjang tempoh di dalam bilik pembelajaran berkenaan.
Rujukan:
Haslina Azli. (tt). Pengurusan bilik darjah (betul). https://www.academia.edu/7480264/Pengurusan_bilik_darjah_betul_
Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor. (2020). COVID-19: Cabaran Buat Guru. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566








Comments
Post a Comment